top of page

Review: Jasmine Green Tea dari Ahmad Tea

Minum green tea adalah salah satu rutin harian Ira sejak beberapa tahun yang lepas. Sekurang-kurang Ira akan minum 1 gelas sehari. Terutama sekali masa dekat office waktu pagi atau petang. Time2 rasa mengantuk minum green tea segar sikit. Dan Jasmine Green Tea adalah teh kegemaran Ira. Suka sangat dengan rasa dan bau yang menyegarkan. Tak hairan lah kalau teh ni dapat #greattaste 2016 award.


Great Taste 2016
Ahmad Tea: Jasmine Green Tea

Rasa yang lazat


Sesetengah orang tidak sukakan rasa agak pahit #greentea tapi Jasmine Green Tea ni kurang rasa pahit dan aroma yang best. Untuk permulaan yang baru nak minum green tea tu Ira sarankan agak tidak rendam tea beg tu lama2 sangat. Sebab makin lama steeping maka rasa pahit akan lebih kuat. Cukup untuk 2-3 minit dan tunggu panas berkurang dan minum masa panas2 tu memang best. Ahmad Tea juga ada banyak lagi pilihan tea korang boleh tengok dekat website Ahmad Tea Malaysia di AhmadTea.My



Ahmad Tea

Harga Berpatutan


Packing Jasmine Green tea ada yang tag tea bag dan foil tea bag. Tag tea bag tu agak murah la. Ira selalu beli yang 25 tagged untuk letak kat office and 100 tagged letak kat umah. Harga untuk 100 tag tu bawah RM20 dan 25tag tu bawah RM6 bergantung dekat mana korang beli la.


1 hidangan hanya 4 kcal
Jasmine Green Tea: Nutrition Facts

Maklumat Pemakanan


1 hidangan 200 ml (1 tea bag) Jasmine Green Tea hanya ada 4kcal tenaga sahaja. Potassium 25 mg dan Karbohidrat 4g. Jadi kalau minum green tea tanpa sebarang pemanis tambahan jumlah tenaga sangat rendah. Jasmine Green Tea memang sesui diminum tanpa tambahan apa-apa. Sesuai untuk diminum tanpa memikirkan pengambilan tenaga yang berlebihan.


Walaupun tidak kaya dengan tenaga, green tea mengandungi #antioxidant flavonoid (catechin) antaranya EGCG dan Quercetin. Berbanding dengan teh hitam (black tea), green tea mengandungi 3.5 kali lebih banyak catechins. Antioxidants yang terkandung di dalam green tea sangat bagus untuk kesihatan.


Khasiat Green Tea


Green tea dapat mengurangkan risiko dan mencegah penyakit jantung dan kanser. Dan sekiranya green tea yang sememangnya rendah kalori boleh membantu dalam menurunkan berat badan. Tukar minuman manis kepada green tea dapat mengurangkan jumlah kalorie dari minuman. Ada juga kajian yang menunjuk green tea mampu mengawal paras gula dalam badan. Sememangnya green tea banyak faedah kepada kesihatan dan mencegah penyakit. Namun minum green tea sahaja tidak cukup pastikan makan secara seimbang untuk kunci kepada kesihatan yang baik. Minum green tea pastinya boleh menjadi manfaat tambahan kepada diet yang kaya nutrient.


Green tea juga mengandungi caffein iaitu dalam 25mg segelas. Bagi sesetengah orang akan mendapat kesan caffein apabila diminum.



Comments


bottom of page