top of page

5 Langkah untuk Turunkan Berat Badan

Makan secara sihat dan melakukan fizikal aktiviti adalah 2 perkara yang sangat penting untuk turunkan berat badan. Banyak sangat produk kat luar sana yang menjanjikan kurus tapi sekiranya tabiat dan gaya hidup kita tak sihat, berat memang akan turun tapi mungkin tidak menjamin berat akan kekal ideal. Ini antara lima langkah untuk turunkan berat badan.


1. Menetapkan target yang realistik

Tetapkan target jangka masa pendek yang realistik contohnya saya ingin turunkan 3-5% dari berat badan sekarang. Sekiranya target berat untuk turun sangat tinggi, ada kemungkinan anda akan putus asa apabila tak sampai target yang ditetapkan. Turun berat 0.5-1kg seminggu boleh dijadikan rujukan untuk tetapkan target.


2. Tahu berat jumlah yang anda makan dan kenapa anda makan


Anda boleh gunakan calorie tracker apps untuk mengira jumlah kalori yang diambil. Mungkin untuk permulaan sahaja sehinggalah kuantiti makanan atau pattern menjadi lebih kurang sama setiap hari. Masa tu anda dapat rasa "eh rasanya hari ni dah makan lebih banyak dari semalam". Ambil masa sekejap untuk lihat balik apa yang anda makan dan kenapa makan banyak dari kebiasaan, sebab lapar ke, craving ke, stress ke? Selepas itu amalkan balik tabiat pemakanan sihat dan seimbang.


3. Perhatikan saiz hidangan yang diambil


Tak dinafikan, apabila kita sudah biasa makan dalam kuantiti yang banyak, apabila makan kurang daripada kebiasaan kita akan rasa tidak puas malah sesetengah orang akan rasa tidak cukup. Salah satu cara untuk mengelakkan ambil kuantiti yang banyak ialah makanan dihidang dalam saiz yang lebih kecil.


4. Buat pilihan yang bijak

Belajarlah untuk membuat pilihan makanan secara bijak dan penggantian mudah untuk makanan kegemaran yang tidak sihat. Cari makanan ringan yang sihat dan ketahui bagaimana buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh membantu anda kenyang lebih lama. Kuantiti sangat penting untuk kurangkan jumlah kalori yang diambil tapi ingat kualiti makanan yang diambil juga sangat penting supaya badan dapat semua nutrisi yang diperlukan.


5. Aktif secara fizikal



Ramai akan beri alasan susah nak buat senaman mungkin sebab kesuntukan masa. Aktiviti fizikal adalah sesuatu yang dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda, seperti berjalan kaki. Pastikan mencapai untuk sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti sederhana seminggu. Bergerak lebih banyak, dengan lebih banyak intensiti, dan kurangkan duduk dan tabiat sedentari.



"Ubah tabiat makanan yang tidak sihat kepada yang lebih sihat dan banyakkan bergerak untuk dapatkan berat badan idaman. Tak ada jalan pintas untuk kurus, tapi penurunan berat secara perlahan dan kekalkan berat badan ideal adalah kunci kepada kesihatan yang lebih baik."

Jangan lupa untuk #share #comment #like post ni dan follow @health_yliving di Instagram.


Comments


bottom of page